Thursday, January 26, 2012

Agarwood - Teh Herba Gaharu















Harga pasaran RM35 (20 sachet)

 Dalam perubatan China, gaharu adalah ubat-ubatan yang sangat berharga. 
Selain digunakan dalam upacara keagamaan, ada catatan mengatakan Gaharu telah digunakan sejak berabad lalu oleh Muslim dan Indian sebagai ubat tradisional. 
Selain itu, perubatan Tibet dan ubat-ubat tradisional Asia Tenggara juga menggunakan Gaharu. Gaharu / Agarwood memiliki rasa yang sangat unik, dan sebagaimana dinyatakan di dalam buku “Compendium Of Materia Medica” “Ben Cao Gang Mu” “Bencao Gangmu” dianggap sebagai buku perubatan paling lengkap dan komprehensif yang pernah ditulis dalam sejarah perubatan China tradisional. 

Buku ini menyenaraikan semua tanaman, haiwan, mineral dan benda-benda lain yang diyakini memiliki sifat ubat-batan. Sifat perubatan dari Gaharu dinyatakan sebagai ringan, sama sekali tidak mempunyai bahan bertoksid dan mengatur sistem endokrin manusia. Dengan aromanya, ia boleh membersihkan hidung tersumbat, merangsang sel otak, pengaktifan korteks serebral dan meningkatkan fungsi organ tubuh. Sebagai Contoh, untuk menguatkan jantung, ginjal dan fungsi hati, tenaga, menyegarkan fikiran dan memperbaiki mood.

 Teh dihasilkan secara semulajadi dari daun yang segar , mempunyai kesan menguatkan jantung, menurunkan gula didalam darah, menurunkan tekanan darah dan menstabilkan sistem saraf.

 Pada masa yang sama ia membantu untuk memperbaiki kualiti tidur, anti-penuaan, meningkatkan kecantikan, menghilangkan perut kembung dan mengurangkan kesan daripada mabuk, asma dan sembelit, mengusir minyak dan merupakan zat perangsang nafsu(aphrodisiac) yang baik juga. 

Kajian menunjukkan bahawa teh Gaharu kaya nutrisi penting seperti “calcium”, “zinc”, “iron”, “manganese” dan vitamin, memelihara kesihatan tubuh badan dan mengekalkan tahap tenaga didalam badan dengan menghilangkan toksin berbahaya dari tubuh. 

Pokok Gaharu tidak memerlukan racun perosak dan boleh tumbuh secara semulajadi. Teh Gaharu yang dihasilkan secara semulajadi bagus untuk manfaat kesihatan jangka panjang.

 Kajian saintifik mendapati bahawa daun Gaharu mengandungi tahap kualiti anti-penuaan, anti kanser seperti: - 1, Androsterone 2, Decanoic asid 3, Vitamin E 4, Demecolcine 5, Tranylcypromine Dengan menggunakan “ionized water” / air yang telah ditapis untuk minuman teh, aroma dan rasa yang lebih baik dapat dicapai.

 Dari nota perubatan China mengatakan , Gaharu / Agarwood mempunyai rasa teh yang manis, dingin, pedas dan pahit. 
Aroma gaharu dapat merangsang sistem saraf pusat dan mempunyai kesan menenangkan yang dapat mengimbangi emosi seseorang. 
Setiap bahagian daripada Gaharu sangat berharga didalam perubatan herba China, samada ianya daun, kulit dan biji, kayu atau akar.

 Dalam gaya hidup moden yang sibuk, luangkanlah waktu untuk menjerang secawan teh Gaharu dan membiarkan aroma gaharu ini menenangkan dan menyegarkan fikiran anda.

No comments:

Post a Comment